Sunday, 26 April 2020

ADUH NENG

Aduh Neng hadirmu tidak pernah kuseru
Aduh Neng cukuplah merasuk ikut nafsu
Aduh Neng kepindingmu sudah masuk baju
Aduh Neng Aduh Neng
Yang malam semalam malam ni atau malam tu
Yang selama ini alkisahnya tetap satu
Yang bertemu ratu atau yang dilontar batu
Yang musykil itu aku, kelkatu atau hantu?
Rembulan purnama yang penuh mahupun terang
Terdengar riuhan keramaian atau perang
Penglihatan kabur kadangnya mengundang berang
Yang kudengar gema pukul gamelan dan gendang
Si empunya gong tembaga
Ukirannya berkepala naga naga saga
Berpesta wahai lembaga
Meriahnya mereka sedia untuk memperaga
Sekelian seperangkat dan seangkatan
Seakan tak perasan tanpa sekatan
Setanggi menyemarakkan lagi
Pesta karut jadi gempita larut pagi
Aduh Neng hadirmu tidak pernah kuseru
Aduh

Artis : Nukilan

Sunday, 17 August 2014

DEDIKASI UNTUKMU SAHABAT



sahabat
pertemuan kita tidak disangka
melahirkan sebuah ikatan keluarga
kita berteman dengan izinNya
bagi mencari redha yang Kuasa

sahabat
susah senang kita harungi
badai laut hutan lintang kita redahi
mencari ilmu buat pedoman diri
sebagai bekalan diakhir nanti

sahabat
bila berjujur air mataku
tanganmu mengelap bagaikan tisu
sentuhanmu bagai pereda pilu
kasihmu sebagai penenang hibaku

sahabat
kini kita akan membawa pergi
sebuah kenangan manis abadi
membawa janji sebelum mati
kau sebagai imam ku nanti

sahabat
jangan pernah tangisi perpisahan ini
kerana kita akan bertemu kembali
dialam syurga penuh bidadari
sebagai teman ditaman firdausi

sahabat
dari jauh kutitipkan doa
agar dikau bahagia sentiasa
bertemu bidadari yang dicinta
aku gembira menitis air mata

sahabat
janji kita terus bersama
susah senang sampai syurga
disana kita kekal selamanya
Agar Allah temukan kita

sahabat
jangan sedih aku telah tiada
rindu aku doakan sentiasa
agar aku tenang disana
dialam syurga kasih tercipta

mansyahmuhamad@kainpelekatbiru
15ogos2014
19syawal1435/7.36am
kajang

#sahabatselamanya
#sahabatkuHilmiHusaini
#sahabatduniaakhirat

Tuesday, 22 April 2014

Syahid Yang Tertangguh



Syahid Yang Tertangguh
by: muhamadsyahmanmahdi
 
Ahmad Ammar
Setelah kau tiada baru aku kenali dirimu
Sungguh kau insan yang berilmu
Luhur budi tulus hatimu
Tiada serupa yang sama seperti kamu

Ahmad Ammar
Perjuangan mu masih lagi bersisa
Akan ku teruskan walau bisa melanda
Janjiku terus menabur jasa
Bukan untuk mengejar nama

Ahmad Ammar
Tatkala kau pergi bertemu sang pencipta
Seluruh jiwa dan raga bagai terluka
Menangisi pendekar sang setia
Rebah syahid di jalan raya

Ahmad Ammar
pemergianmu bagai satu tamparan
mengejutkan seluruh dunia islam
pemuda pemudi mula bertimpiaran
meneruskan perjuangan yang belum selesai

Ahmad Ammar
Damailah kau disana
Bersama pencipta yang maha bijaksana
Dikelilingi bidadari syurga
Sebagai peneman hati yang berbunga

Ahmad Ammar
Perjuangan mu akan kami teruskan
Dalam melahirkan sejarawan perantau
Agar dunia islam kembali memaukau
Menjadi pelindung ummat serantau

Ahmad Ammar
Kami berjuang dengan rela
Mencari syahid yang tak di duga
Agar bertemu di alam sana
Sebagai ahli syurga bersama

Khas untuk sahabat yang telah pergi selamanya.
Walau diri tidak kenal sesama
Doa dan Fatihah sentiasa bersama

Al-Fatihah
coretanrasa: jihadituindah/jejakakasutmerah

CERITA CINTA AHMAD AMMAR (bahagian 1)




Bismillahirahmanirahim,



Assalamualaikum,

Hari ini masih lagi mahu menulis. Alhamdulillah segala puji bagi Allah tuhan semesta alam. Bersyukur aku pada pagi ini masih diberi peluang untuk menghirup udara MU. Sesungguhnya aku merinduiMU tuhan penciptaku. Izinkan aku menjadi seorang yang syahid keranaMU. Dan sesungguhnya coretan ini adalah nukilan hati kecilku. Aku menulis kerana aku ingin menulis, bukan kerana sesiapa.

Lewat semalam, akhirnya aku berjaya ‘mengkhatam’ buku yang dah lama aku beli tetapi baru dibuka dari plastiknya, inilah buku yang telah menyentuh dan membuatkan aku terfikir, berfikir dan terus memikir. CERITA CINTA AHMAD AMMAR. Sebelum ini aku hanya tahu akan kematiannya melalui kaca tv dan internet. Namun setiap kali aku melihat wajahnya yang tulus dan tenang aku cuba mengingati seseorang yang sama sepertinya, tetapi sehingga kini aku lupa siapa ‘dia orangnya’.

Setelah satu fenomena Ahmad Ammar tercetus selepas ketiadannya sebuah buku telah diterbitkan. Aku sangat tertarik untk memiliki buku berkenaan. Maka pada Jumaat 7 march 2014 aku telah ke UKM untuk mengambil baucer bukuku dan berjumpa penyelia tesisku. Niatku hanyalah satu untuk mendapatkan buku CERITA CINTA AHMAD AMMAR. Pesta buku di UKM aku lunsuri namun hampa kerana semua buku CCAA telah kehabisan stok. Aku dapat membeli buku yang nipis tentang Ammar tapi lupa tajuknya. Hari sabtu 8 march aku ke PKNS untuk menemankan rakanku membeli samping. Aku teruja kerana aku telah berjumpa dengan buku CCAA yang hanya tinggal dua buah buku sahaja lagi. Aku bersyukur kerana dapat juga memperolehinya. Alhamdulillah terima kasih Allah.

Setelah hampir sebulan lebih buku itu di rak dan masih di dalam plastik, 20 april 2014 aku mula membacanya. Pada mulanya  aku bawa sahaja ke pejabat mana tahu ada waktu senggang boleh aku membacanya. 21 & 22 april aku telah di hantar berkursus penyelidikan fasa 2. Aku bawa juga buku CCAA bersamaku. Dan setiap kali aku terpandang wajah Ahmad Ammar hati ini menjadi sayu dan hiba. Aku masih tercari2 siapakah dia yg sama seperti seseorang yang pernah aku kenal suatu ketika dulu.


Aku mula membaca, hiba dan menitis air mata lelaki ini tatkala membaca coretan ibunda tercinta Ammar. Sesungguhnya bonda AMMAR adalah insan yang paling bahagia kerana Ammar pastinya akan memimpin ibunya bersama-sama masuk ke syurga. Setiap coretan aku baca satu persatu. Semuanya indah2 sahaja tentang dirimu AMMAR. Tiada yang buruk selain yang indah-indah belaka. Sungguh kau seorang insan yang istimewa. Aku kagum dengan mu AMMAR. 

Monday, 16 December 2013

PEMBENTANGAN AKHIR LINK 3 : MEMBONGKAR PROPAGANDA ANTI-TUHAN DALAM FILEM X-MAN FIRST CLASS

Ini merupakan LINK ke-3 dan merupakan link yang terakhir JKM. ia mengisahkan tentang pandangan dan tulisan Syed Muhammad Naquib Al-Attas: Opening Address The Worldview of Islam An Outline.









Alhamdulillah, semoga segala ilmu yang JKM dapat dengan kelas Dr. Mas ini akan digunakan dalam kehidupan seharian dan berguna untuk anak didik JKM. disamping itu harap2 pointer JKM sem ni akan meningkat lagi menjadi 3.8 or atas lagi...hehe. Kembara Ilmu yang penuh cabaran tetapi nikmat yang tiada tandingan, penat lelah diketepikan, walaupun subjek elektif tapi JKM melaksanakan dengan bersungguh dan walaupun xd basic subjek ini ia tetap memberi pengalaman yang baru. Alhamdulillah...

#ok jumpe lagi nanti


PEMBENTANGAN AKHIR LINK 2 : KONSEP TA'DIB: TERAS FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM - REMPIT

LINK 2 : Ini merupakan Link yang menarik bagi JKM kerana ia adalah isu-isu semasa yang berlaku di Malaysia iaitu REMPIT. Ada juga video yang JKM nak kongsi. 


Hebat mereka-mereka ini, keyakinan yang sangat tinggi,
 tapi sayangnya salah tempat










ini ada video lagi untuk semua...



PEMBENTANGAN AKHIR LINK 1: PANDANGAN ISLAM TERHADAP TRADISI DAN KEMODENAN

Alhamdulillah akhirnya tamat sudah pembentangan akhir untuk subjek elektif master JKM, so dengan ini JKM nak kongsi2 la pandangan JKM terhadap 3 LINK yang di analisis. Selamat membaca.

LINK 1: