Tuesday, 22 April 2014

CERITA CINTA AHMAD AMMAR (bahagian 1)




Bismillahirahmanirahim,



Assalamualaikum,

Hari ini masih lagi mahu menulis. Alhamdulillah segala puji bagi Allah tuhan semesta alam. Bersyukur aku pada pagi ini masih diberi peluang untuk menghirup udara MU. Sesungguhnya aku merinduiMU tuhan penciptaku. Izinkan aku menjadi seorang yang syahid keranaMU. Dan sesungguhnya coretan ini adalah nukilan hati kecilku. Aku menulis kerana aku ingin menulis, bukan kerana sesiapa.

Lewat semalam, akhirnya aku berjaya ‘mengkhatam’ buku yang dah lama aku beli tetapi baru dibuka dari plastiknya, inilah buku yang telah menyentuh dan membuatkan aku terfikir, berfikir dan terus memikir. CERITA CINTA AHMAD AMMAR. Sebelum ini aku hanya tahu akan kematiannya melalui kaca tv dan internet. Namun setiap kali aku melihat wajahnya yang tulus dan tenang aku cuba mengingati seseorang yang sama sepertinya, tetapi sehingga kini aku lupa siapa ‘dia orangnya’.

Setelah satu fenomena Ahmad Ammar tercetus selepas ketiadannya sebuah buku telah diterbitkan. Aku sangat tertarik untk memiliki buku berkenaan. Maka pada Jumaat 7 march 2014 aku telah ke UKM untuk mengambil baucer bukuku dan berjumpa penyelia tesisku. Niatku hanyalah satu untuk mendapatkan buku CERITA CINTA AHMAD AMMAR. Pesta buku di UKM aku lunsuri namun hampa kerana semua buku CCAA telah kehabisan stok. Aku dapat membeli buku yang nipis tentang Ammar tapi lupa tajuknya. Hari sabtu 8 march aku ke PKNS untuk menemankan rakanku membeli samping. Aku teruja kerana aku telah berjumpa dengan buku CCAA yang hanya tinggal dua buah buku sahaja lagi. Aku bersyukur kerana dapat juga memperolehinya. Alhamdulillah terima kasih Allah.

Setelah hampir sebulan lebih buku itu di rak dan masih di dalam plastik, 20 april 2014 aku mula membacanya. Pada mulanya  aku bawa sahaja ke pejabat mana tahu ada waktu senggang boleh aku membacanya. 21 & 22 april aku telah di hantar berkursus penyelidikan fasa 2. Aku bawa juga buku CCAA bersamaku. Dan setiap kali aku terpandang wajah Ahmad Ammar hati ini menjadi sayu dan hiba. Aku masih tercari2 siapakah dia yg sama seperti seseorang yang pernah aku kenal suatu ketika dulu.


Aku mula membaca, hiba dan menitis air mata lelaki ini tatkala membaca coretan ibunda tercinta Ammar. Sesungguhnya bonda AMMAR adalah insan yang paling bahagia kerana Ammar pastinya akan memimpin ibunya bersama-sama masuk ke syurga. Setiap coretan aku baca satu persatu. Semuanya indah2 sahaja tentang dirimu AMMAR. Tiada yang buruk selain yang indah-indah belaka. Sungguh kau seorang insan yang istimewa. Aku kagum dengan mu AMMAR. 

No comments:

Post a Comment