Sunday, 17 August 2014
DEDIKASI UNTUKMU SAHABAT
sahabat
pertemuan kita tidak disangka
melahirkan sebuah ikatan keluarga
kita berteman dengan izinNya
bagi mencari redha yang Kuasa
sahabat
susah senang kita harungi
badai laut hutan lintang kita redahi
mencari ilmu buat pedoman diri
sebagai bekalan diakhir nanti
sahabat
bila berjujur air mataku
tanganmu mengelap bagaikan tisu
sentuhanmu bagai pereda pilu
kasihmu sebagai penenang hibaku
sahabat
kini kita akan membawa pergi
sebuah kenangan manis abadi
membawa janji sebelum mati
kau sebagai imam ku nanti
sahabat
jangan pernah tangisi perpisahan ini
kerana kita akan bertemu kembali
dialam syurga penuh bidadari
sebagai teman ditaman firdausi
sahabat
dari jauh kutitipkan doa
agar dikau bahagia sentiasa
bertemu bidadari yang dicinta
aku gembira menitis air mata
sahabat
janji kita terus bersama
susah senang sampai syurga
disana kita kekal selamanya
Agar Allah temukan kita
sahabat
jangan sedih aku telah tiada
rindu aku doakan sentiasa
agar aku tenang disana
dialam syurga kasih tercipta
mansyahmuhamad@kainpelekatbiru
15ogos2014
19syawal1435/7.36am
kajang
#sahabatselamanya
#sahabatkuHilmiHusaini
#sahabatduniaakhirat
Tuesday, 22 April 2014
Syahid Yang Tertangguh
Syahid Yang Tertangguh
by: muhamadsyahmanmahdi
Ahmad Ammar
Setelah kau tiada baru aku kenali dirimu
Sungguh kau insan yang berilmu
Luhur budi tulus hatimu
Tiada serupa yang sama seperti kamu
Ahmad Ammar
Perjuangan mu masih lagi bersisa
Akan ku teruskan walau bisa melanda
Janjiku terus menabur jasa
Bukan untuk mengejar nama
Ahmad Ammar
Tatkala kau pergi bertemu sang pencipta
Seluruh jiwa dan raga bagai terluka
Menangisi pendekar sang setia
Rebah syahid di jalan raya
Ahmad Ammar
pemergianmu bagai satu tamparan
mengejutkan seluruh dunia islam
pemuda pemudi mula bertimpiaran
meneruskan perjuangan yang belum selesai
Ahmad Ammar
Damailah kau disana
Bersama pencipta yang maha bijaksana
Dikelilingi bidadari syurga
Sebagai peneman hati yang berbunga
Ahmad Ammar
Perjuangan mu akan kami teruskan
Dalam melahirkan sejarawan perantau
Agar dunia islam kembali memaukau
Menjadi pelindung ummat serantau
Ahmad Ammar
Kami berjuang dengan rela
Mencari syahid yang tak di duga
Agar bertemu di alam sana
Sebagai ahli syurga bersama
Khas untuk sahabat yang telah pergi selamanya.
Walau diri tidak kenal sesama
Doa dan Fatihah sentiasa bersama
Al-Fatihah
coretanrasa: jihadituindah/jejakakasutmerah
CERITA CINTA AHMAD AMMAR (bahagian 1)
Bismillahirahmanirahim,
Assalamualaikum,
Hari ini masih
lagi mahu menulis. Alhamdulillah segala puji bagi Allah tuhan semesta alam. Bersyukur
aku pada pagi ini masih diberi peluang untuk menghirup udara MU. Sesungguhnya aku
merinduiMU tuhan penciptaku. Izinkan aku menjadi seorang yang syahid keranaMU. Dan
sesungguhnya coretan ini adalah nukilan hati kecilku. Aku menulis kerana aku
ingin menulis, bukan kerana sesiapa.
Lewat semalam,
akhirnya aku berjaya ‘mengkhatam’ buku yang dah lama aku beli tetapi baru
dibuka dari plastiknya, inilah buku yang telah menyentuh dan membuatkan aku
terfikir, berfikir dan terus memikir. CERITA CINTA AHMAD AMMAR. Sebelum ini aku
hanya tahu akan kematiannya melalui kaca tv dan internet. Namun setiap kali aku
melihat wajahnya yang tulus dan tenang aku cuba mengingati seseorang yang sama
sepertinya, tetapi sehingga kini aku lupa siapa ‘dia orangnya’.
Setelah satu
fenomena Ahmad Ammar tercetus selepas ketiadannya sebuah buku telah
diterbitkan. Aku sangat tertarik untk memiliki buku berkenaan. Maka pada Jumaat
7 march 2014 aku telah ke UKM untuk mengambil baucer bukuku dan berjumpa
penyelia tesisku. Niatku hanyalah satu untuk mendapatkan buku CERITA CINTA
AHMAD AMMAR. Pesta buku di UKM aku lunsuri namun hampa kerana semua buku CCAA
telah kehabisan stok. Aku dapat membeli buku yang nipis tentang Ammar tapi lupa
tajuknya. Hari sabtu 8 march aku ke PKNS untuk menemankan rakanku membeli
samping. Aku teruja kerana aku telah berjumpa dengan buku CCAA yang hanya
tinggal dua buah buku sahaja lagi. Aku bersyukur kerana dapat juga memperolehinya.
Alhamdulillah terima kasih Allah.
Setelah hampir
sebulan lebih buku itu di rak dan masih di dalam plastik, 20 april 2014 aku
mula membacanya. Pada mulanya aku bawa
sahaja ke pejabat mana tahu ada waktu senggang boleh aku membacanya. 21 &
22 april aku telah di hantar berkursus penyelidikan fasa 2. Aku bawa juga buku
CCAA bersamaku. Dan setiap kali aku terpandang wajah Ahmad Ammar hati ini
menjadi sayu dan hiba. Aku masih tercari2 siapakah dia yg sama seperti
seseorang yang pernah aku kenal suatu ketika dulu.
Aku mula
membaca, hiba dan menitis air mata lelaki ini tatkala membaca coretan ibunda
tercinta Ammar. Sesungguhnya bonda AMMAR adalah insan yang paling bahagia
kerana Ammar pastinya akan memimpin ibunya bersama-sama masuk ke syurga. Setiap
coretan aku baca satu persatu. Semuanya indah2 sahaja tentang dirimu AMMAR. Tiada
yang buruk selain yang indah-indah belaka. Sungguh kau seorang insan yang
istimewa. Aku kagum dengan mu AMMAR.
Subscribe to:
Posts (Atom)