Pandangan Islam Terhadap Tradisi dan Kemodenan - Khalif
Muammar A. Haris. UKM
Assalamualaikum semua, apa kabar? Lama rasanya tak bertemu di
ruang maya nie. Almaklumla JKM tengah sibuk uruskan pelajar2 JKM tuk Program
Kebangsaan CceC ni. So dalam masa tu sempat2 JKM update blog JKM ni. Hari ni
JKM nak bagi la sedikit pandangan JKM tentang tajuk kat atas tu.
So, pada pandangan JKM ni, antara Islam dan Kemajuan serta
Pembangunan memang tidak dapat dipisahkan lagi. Kita tahu sejak dari berabad
lagi bahawa tamadun islam adalah tamadun yang termaju sekali berbanding dengan
tamadun2 yang lain, cuba kita lihat dengan tamadun Uthmaniah yang merupakan
empayar Islam terakhir sebelum di monopoli oleh tamadun Barat. Ini je sudah
membuktikan bahawa Islam dan pembangunan serta kemajuan memang tidak oleh
dipisahkan kerana ia ibarat isi dan kuku, lagu dan irama, aur dan tebing.
Modeniti pada hari ini telah di tafsirkan sebagai kemajuan
dan pembangunan yang dimana ia secara totalnya merujuk kepada pandangan dan
tangapan si Barat. Ia juga merupakan sebuah ideologi Barat yang menilai dan
melalui pasca-tradisi, pasca zaman pertengahan dengan menggunakan ciri-cirinya
yang tersendiri iaitu industrialisme, kapitalisme, sekularisasi dan negara
bangsa. Kalo di ikot kan barat ni modeniti memang tidak akan terlepas dengan
Sains dan Teknologi, pada era globalisasi ni kan, kita sering di momok-momokan dengan
Sains dan Teknologi, jikalau sesebuah negara tu nak nampak atau sedang menuju
ke arah kemodenan dan atau negara maju, yang menjadi pengukurnya adalah Sains
dan teknologinya, sebab itu bila kita tengok la ni, setiap pembalajaran di sek2
adanya subjeka Sains dan Teknologi ini. Tetapi kalo ikot pandangan JKM sendiri,
Modeniti ini tiada dalam istilah dan kamus Islam, yang ada hanyalah kemajuan
dan pembangunan. Sebagai negara Islam apa yang dicari adalah kemajuan dan
pembangunan umatnya terbela dari segi Politik, Sosial dan ekonominya. Kerohanian
juga adalah aspek yang sangat penting dalam membangunankan umat. Apa yang JKM
nampak kalo modeniti yang diolah oleh barat ini lebih kepada mementingkan
pembangunan dari segi Fizikal seperti infrasuktur, bagunanan pencakar langit
dan sebagainya. Dan jika dibandingkan Islam dan Barat ini, pembangunan Islam
adalah secara total dan menyeluruh termasuk dari aspek duniawi dan akhirat.
JKM merasakan bahawa kita tidak menolak modeniti tetapi kita
harus mengkaji apa yang terdapat di dalam modeniti yang dipaparkan dan
diaggungkan oleh barat itu. Kerana antara kita dan mereka adalah berbeza.



