Pandangan JKM dalam rencana yang
ditulis oleh Syed Muhammad Naquib Al-Attas berkenaan Worldview Of Islam ini amat menarik sekali di mana sebagai seorang Islam
yang inginkan pembangunan dalam dirinya maka harus mengambil pemahaman yang
mudah dan tepat berkenaan dengan Worldview
Of Islam ini, dimana dengan andaian bahawa kedua-dua kaki haruslah secara kukuh
dan mantap melangkah masuk ke dalam Worldview
Barat bagi satu kaki kakinya dan satu kaki lagi masuk ke Worldview Islam.
JKM melihat sekarang ini umat
Islam sedang menghadapi tentangan pemikiran moden atau post modern (Worldview Barat)
dalam mengharungi dunia tanpa sepadan ini maka dengan itu pegangan dan ilmu
itu sangat penting dalam kehidupan. Bagi umat Islam yang dalam rangka membangunkan peradaban agung
dimasa hadapan, maka langkah pertama yang harus umat Islam lakukan adalah memantapkan,
memperkasakan, dan mematangkan lagi terlebih dahulu apa yang dimaksudkan dengan
agama Islam.
Pada masa kini yang JKM nampak dan lihat adalah umat Islam
memahami agama Islam hanya sekadar aspek ibadah semata, maka janganlah harapan
umat Islam akan mampu membangunkan ilmu pengetahuan dan peradaban Islam yang
cemerlang dimasa depan. Namun jika umat Islam memahami Islam sebagai agama ilmu
atau agama yang memuliakan ilmu pengetahuan dan cendekiawan serta ulama, maka
Insya Allah agama Islam akan dapat dikembangkan sebagai ‘ASAS’ seperti Tiang
Seri dalam membangunkan peradaban Islam yang agung bersumber dari worldview
Islam yang kaffah.
Pandangan dan bayangan serta
gambaran Worldview Islam dalam
kehidupan dunia sampai ke akhirat adalah ibarat pohon yang baik dan benar/haq dimana
akarnya adalah teguh dan cabangnya menjulang kelangit yang memberikan buahnya
disetiap musim atas izin Allah SWT, sebaliknya rapuhnya worldview Barat,
worldview diluar Islam yang bersifat bathil dan bermuatan
materialistik-sekularistik-liberalistik adalah ibarat pohon yang buruk yang
akarnya mudah tercabut dari permukaan bumi, tidak dapat tegak sedikitpun pentingnya
Pandangan Hidup Islam (Worlview of Islam) adalah karana erti, tujuan, dan nilai
hidup sangat ditentukan oleh pandangan hidup masing-masing manusia.
So ini lah serba sedikit yang JKM
nak kongsi berkenaan dengan Worldview Of Islam yang boleh dikongsi bersama-sama
dengan pembaca semua, ceh wah macam la ada yang ikuti blog JKM ni
kan...hahaha...
No comments:
Post a Comment