Friday, 22 November 2013

Pandangan Islam Terhadap Tradisi dan Kemodenan


Pandangan Islam Terhadap Tradisi dan Kemodenan - Khalif Muammar A. Haris. UKM




Assalamualaikum semua, apa kabar? Lama rasanya tak bertemu di ruang maya nie. Almaklumla JKM tengah sibuk uruskan pelajar2 JKM tuk Program Kebangsaan CceC ni. So dalam masa tu sempat2 JKM update blog JKM ni. Hari ni JKM nak bagi la sedikit pandangan JKM tentang tajuk kat atas tu.

So, pada pandangan JKM ni, antara Islam dan Kemajuan serta Pembangunan memang tidak dapat dipisahkan lagi. Kita tahu sejak dari berabad lagi bahawa tamadun islam adalah tamadun yang termaju sekali berbanding dengan tamadun2 yang lain, cuba kita lihat dengan tamadun Uthmaniah yang merupakan empayar Islam terakhir sebelum di monopoli oleh tamadun Barat. Ini je sudah membuktikan bahawa Islam dan pembangunan serta kemajuan memang tidak oleh dipisahkan kerana ia ibarat isi dan kuku, lagu dan irama, aur dan tebing.

Modeniti pada hari ini telah di tafsirkan sebagai kemajuan dan pembangunan yang dimana ia secara totalnya merujuk kepada pandangan dan tangapan si Barat. Ia juga merupakan sebuah ideologi Barat yang menilai dan melalui pasca-tradisi, pasca zaman pertengahan dengan menggunakan ciri-cirinya yang tersendiri iaitu industrialisme, kapitalisme, sekularisasi dan negara bangsa. Kalo di ikot kan barat ni modeniti memang tidak akan terlepas dengan Sains dan Teknologi, pada era globalisasi ni kan, kita sering di momok-momokan dengan Sains dan Teknologi, jikalau sesebuah negara tu nak nampak atau sedang menuju ke arah kemodenan dan atau negara maju, yang menjadi pengukurnya adalah Sains dan teknologinya, sebab itu bila kita tengok la ni, setiap pembalajaran di sek2 adanya subjeka Sains dan Teknologi ini. Tetapi kalo ikot pandangan JKM sendiri, Modeniti ini tiada dalam istilah dan kamus Islam, yang ada hanyalah kemajuan dan pembangunan. Sebagai negara Islam apa yang dicari adalah kemajuan dan pembangunan umatnya terbela dari segi Politik, Sosial dan ekonominya. Kerohanian juga adalah aspek yang sangat penting dalam membangunankan umat. Apa yang JKM nampak kalo modeniti yang diolah oleh barat ini lebih kepada mementingkan pembangunan dari segi Fizikal seperti infrasuktur, bagunanan pencakar langit dan sebagainya. Dan jika dibandingkan Islam dan Barat ini, pembangunan Islam adalah secara total dan menyeluruh termasuk dari aspek duniawi dan akhirat.


JKM merasakan bahawa kita tidak menolak modeniti tetapi kita harus mengkaji apa yang terdapat di dalam modeniti yang dipaparkan dan diaggungkan oleh barat itu. Kerana antara kita dan mereka adalah berbeza. 

No comments:

Post a Comment