Wednesday, 11 December 2013

Pendidikan Konsep Ta’dib VS Masalah Sosial Remaja Masa Kini

Pendidikan Konsep Ta’dib VS Masalah Sosial Remaja Masa Kini
Tugasan Kelas 9/12/2013

Faktor diri remaja sendiri merupakan sebab berlakunya gejala sosial. Kebanyakan remaja yang terlibat dalam gejala sosial tidak mempunyai didikan agama dan moral yang mendalam. Mereka tidak takut pada dosa dan pembalasan Tuhan di atas perbuatan mereka. Remaja terbabit juga biasanya tidak sembahyang dan mengingkari perintah agama yang lain. Mereka berpendapat bahawa, kehidupan masa remaja perlu diisi dengan hiburan dan keseronokan semata-mata. Inilah senario yang berlaku di negara kita apabila masing-masing sibuk mengejar kemodenan yang dibawakan oleh agenda dunia barat. Kealpaan remaja masakini bermula dari masalah pendidikan yang kurang berkesan terhadap remaja-remaja ini. Antara punca yang JKM lihat adalah dek kerana penerobosan ilmu-ilmu dari negara barat ke Tanah Melayu sehingga menjejaskan terhadap perkara-perkara teras termasuklah Konsep Tuhan, konsep agama, insan, ilmu, pendidikan dan sebagainya.



Justeru itu JKM membawakan satu ringkasan tentang konsep Tadib yang dipelopori oleh Naquib al-Attas dimana, Konsep Ta’dib  yang diperkenalkan oleh al-Attas adalah konsep pendidikan Islam yang bertujuan menciptakan manusia beradab dalam erti yang komprehensif. Pengertian konsep ini dibangunkan dari makna kata dasar addaba. Makna addaba, bila maknanya dikaitkan antara satu sama lain, akan menunjukkan pengertian pendidikan yang menunjukan integratif. Di antara makna-makna tersebut adalah, kesopanan, keramahan, dan kehalusan budi pekerti. Makna ini berkaitan dengan akhlak. Adab juga secara konsistennya dikaitkan dengan dunia sastera, yaitu adab dijelaskan sebagai pengetahuan tentang hal-hal yang indah yang mencegah dari kesalahan-kesalahan. Sehingga seorang sastrawan disebut adiib.  Makna ini hampir sama dengan definisi yang diberikan al-Jurjani, yaini ta’dib adalah proses memperoleh ilmu pengetahuan (ma’rifah) yang dipelajari untuk mencegah pelajar dari bentuk kesalahan.

Kata ta’dib adalah mashdar dari addaba yang sebenarnya secara konsisten bermakna mendidik. Berkenaan  dengan hal itu, seorang guru yang mengajarkan etika dan kepribadian tersebut disebut juga mu’addib. Setidaknya ada tiga jenis dari kata addaba, yakni adiib, ta’dib, muaddib. Dari gambaran tersebut dapat dikatakan, ketiga-tiga makna itu saling terikat dan berkaitan. Seorang pendidik (muaddib), adalah orang yang mengajarkan tentang etika, kesopanan, pengembangan diri atau suatu ilmu (ma’rifah) agar anak didiknya terhindar dari kesalahan ilmu, menjadi manusia yang sempurna (insan kamil) sebagaimana dicontohkan dalam peribadi Rasulullah SAW. Cara mendidiknya perlu dengan menggunakan cara-cara yang benar sesuai dengan kaedahnya, menarik dan indah – seperti seorang sasterawan yang mennggunakan kata-kata dengan benar, indah dalam berpuisi.

Pada pandangan JKM, jikalau konsep ini digunapakai insyaallah banyak masalah dalam sistem pendidikan dapat diatasi dengan segera dan gejala sosial dapat dikurangkan, konsep yang diketengahkan ini adalah suatu konsep yang seimbang antara dunia dan akhirat. Jika kita bandingkan konsep yang ada sekarang ini lebih mengetengahkan asas pendidikan yang acuannya dari falsafah utilitarian barat untuk melahirkan warganegara yang bertanggungjawab so kita akan dapat lihat keputusannya adalah melahirkan warganegara yang bertanggungjawab. Akan tetapi kalo konsep pendidikan islam pula ianya mencari dan melahirkan Good Man dimana ia mengimbangkan sifat manusia yang baik dan adil. Insan yang baik secara tidak langsung akan melaksanakan tanggungjawabnya sebagai warganegara dek kerana tuntutan fardu kifayah, so sweet kan pendidikan islam ini?

JKM berasa bertua dah bersyukur kerana di Malaysia masih ada lagi sekolah-sekolah pondok yang pastinya JKM rasa ia mengamalkan konsep Tadib ini bagi melahirkan generasi ummah yang good man,  kembara ilmu JKM ke Tanah Tinggi dan Padang Indonesia membawa satu lemabaran baru dimana masyarakat minang disana menghantar anak-anak lelaki mereka yang berusia 10-15 tahun ke sekolah-sekolah pondok bagi menjadikan mereka seorang anak yang mempunyai masa depan yang boleh membantu menyumbang kepada keharmonian ummah. JKM sangat terharu kerana setiap pagi ahad anak-anak kecil akan mengaji di surau-surau atau masjid dengan menggunakan mic, jadi semua penduduk setempat akan dapat mendengar bacaan tersebut. Harapnya di Malaysia akan ada yang berbuat demikan kerana ia memberikan pendidikan awal kepada kanak-kanak agar mempunyai jati diri dan keyakinan diri yang MANTAP.

Akhir kata JKM bersetuju dengan konsep ini kerana ia banyak positifnya dalam menangi pelbagai isu dan masalah dalam sistem pendidikan.


No comments:

Post a Comment