Sunday, 1 December 2013

Worldview vs Masyarakat Minangkabau


Assalamualaikum wtb, JKM kembali beraksi lagi. Alhamdulillah JKM akhirnya dapat juga melancong ke negara orang bagi tahun ni iaitu ke Padang dan Bukit Tinggi, Indonesia. Pastinya sangat seronok disana dan apa yang paling penting adalah pengalaman yang JKM lalui dan tempuhi dalam masa 4 hari 3 malam di sana.
Baiklah entry kali ini JKM nak mengulas sedikit tentang Kemodenan, Kemajuan dan Worldview terhadap masyarakat Indonesia khasnya penduduk di Padang dan Bukit Tinggi, Indonesia. Pertama kali sampai ke Padang, Indonesia di airportnya JKM dah mula kagum dengan reka bentuk bangunannya yang terdiri dari ciri2 masyarakat Minangkabau. Kagum dengan kesenian rekabentuknya yang masih lagi mempunyai ciri-ciri tradisional dan Islamnya, dimana kita di sambut dengan senyuman dan salam serta sapaan mesra oleh petugas-petugas airport Padang, senyum itu kan sedekah, senyum itu juga kemodenan. Setelah segala urusan pasport selesai, kami telah di tunggu oleh agen yang kami deal untuk pakej 4hari 3malam disana iaitu ajen Raun Sumatera yang diketuai oleh Mas Fehri. 

Kami di bawa sarapan pagi, dan dalam perjalanan serta selama disana apa yang sangat2 mengujakan JKM adalah dimana setiap hampir 500 meter pastinya ada surau yang didirikan, ia adalah untuk memudahkan urusan beribadah bagi penduduk yang sibuk mencari rezeki, namun agama masih lagi diteguhkan. Yang pasti itu jarang2 berlaku dan ada di tanah air kita. Surau2 yang didirikan adalah menggunakan dana yang dikumpul oleh penduduk dan derma persendirian TANPA bantuan Kerajaan. Subhanallah, dalam mengejar pembangunan dan kehidupan yang lebih selesa worldview yang dipaparkan oleh masyarakat disana telah membuka mata JKM bahawa Agama itu sangat peting dalam menerjah arus kemodenan.

Lawatan pertama JKM adalah ke Pusat Dokumentasi Adat dan kebudayaan Minangkabau, sekali lagi JKM terpukau dengan keindahan bangunan Rumah Minangkabau yang sagat2 mempersoanakan. Oh, untuk makluman semua, masyarakt di Padang dan Bukit Tinggi adalah masyarakat Minangkabau, di mana menurut kata Mas Fehri, masyarakat Minangkabau ini adalah masyarakat yang berhijrah. Falsafah alam Minagkabau meletakkan manusia sebagai salah satu unsur yang statusnya sama dengan unsur2 lain, seperti tanah, rumah, suku dan nagari. Persamaan status itu mereka lihat dari keperluan budi daya manusia itu sendiri, setiap manusia akan memerlukan tanah, rumah, suku, dan nagari sebagaimana mereka memerlukan orang lain bagi kepentingan zahir dan batinya. Oleh yang demikian sangat sukar apabila manusia tidak memiliki keperluan zahir dan batin itu. Maksud keperluan batin ni banyak ye...menurut alam pikiran masyarakat Minangkabau, manusia atau orang merupakan sesuatau yang sempurna, seperti sempurnanya matahari dengan sinarnya, bulan dengan cahayanya, api dengan panasnya, angin dengan hembusannya. Oleh itu setiap manusia dipandang dalam status sama. Tagak samo tinggi, duduak samo randah. Jadi JKM nak kaitkan dengan worldview kemodonen ni dengan masyarakat Minangkabau, makanya apa yang jelas dan pasti, setiap manusia mengejar kemedonan dan kehidupan yang lebih elok atau batter life, namun apa yang menjadi dorongan kita dan pegangan kita dalam mengejar semua benda2 itu? Yang pasti bagi JKM adalah adat dan juga agama yang menjadi sandaran, walau kemana kita sekali atau maju manasekali pun kalau tidak ada yang lama maka tidak ada yang baru.



Ok ni sebelum JKM tutup entry kali ini, sebabnya sgt2 penat pasal baru je touchdown then trus shot kat blog sbb esok datelinenya...hahahaha...Dan yang paling mengujakan JKM adalah tentang anak muda lelaki Minangkabau yang dimana ia terkenal dengan Rantau. Pergi atau rantau atau lazimnya disebut merantau merupakan produk kebudayaan Minangkabau. Setiap orang terutamanya anak muda akan sentiasa didorong dan ditarik agar merantau oleh kerabatnya dengan pelbagai cara. Untuk makluman semua falsafah materialisme Minangkabau mendorong anak muda supaya kuat mencari harta kekayaan bagi memperkukuhkan atau meningkatkan martabat kaum kerabat agar setaraf dengan orang lain. Remaja lelaki yang berumur 10-15 tahun akan disuruh untuk duduk disurau atau masjid. Ini kerana remaja2 ini akan di ajar silat minangkabau, belajar ilmu agama, dan belajar tentang adat2 Minangkabau. Makanya disini jelas menyatakan bahawa peranan Rantau dalam belia lelaki masyarakat Minag adalah untuk mencapai kehidupan yang lebih baik, sinonimnya adalah bahawa lelaki sebagai ketua, lelaki sebagai pemimpin dan lelaki juga sebagai contoh dalam membangunkan kemajuan sesebuah keluarga. Jika menurut Syed Muhammad Naquib Al-Attas berkenaan Worldview Of Islam ini di mana sebagai seorang Islam yang inginkan pembangunan dalam dirinya, maka ia harus menuntut ilmu serta mendalami pelbagai pegetahuan agar setiap pembangunan itu tercapai dengan jelas dan betul mengikut nas-nas nya.


Inilah yang boleh JKM share pada pembaca2 semua tentang pengembaraan ILMU JKM untuk hari pertama yang JKM kaitkan dengan pandangan dan tulisan oleh Syed Muhammad Naquib Al-Attas tentang kemodenan VS adat dan budaya. JKM sangat kagum dengan masyarakt Minang yang dimana dalam mengejar harus kemodenan dan pembangunan negara ia seiring juga dengan pembangunan diri dan jatidiri masyaraktnya.  Contoh paling mudah dimana setiap pagi ahad, anak2 kecil akan mengaji di surau-surau dimana ia dididik dari kecil tentang pembangunan diri sebelum sibuk2 untuk membangunkan negara. JKM tinggalkan anda semua dengan pantun minang yang menyeru mencari kekayaan. Ini JKM dapat masa mendengar taklimat dan penerangan oleh penyelia di Pusat Kebudayaan Minangkabau di Padang, Indonesia.

Apo gunonyo kabau batali
Usah dipauik di pamatang
Pauikan sajo di tangah padang
Apo gunonyo badan mancari
Iyo pamagang sawah jo ladang
Nak membela sanak kandung

Apa gunanya kerbau bertali
Usah dipautkan di pematang
Pautkan saja di tengah padang
Apa gunanya kita mencari
Ialah memagang sawah dan ladang
Hendak membela saudara kandung.

Karatau madang di hulu
Babuah babungo balun
Marantau bujang dahulu
Di rumah baguno balun

Keratau madang di hulu
Berbuah berbunga belum
Merantau bujang dahulu

Di rumah berguna belum.

No comments:

Post a Comment