Sunday, 27 October 2013

Filem Sayang Salmah : Kajian Terhadap Rajuk dan Pujuk


Esok 28.10.2013 adalah pembentangan bagi tugasan pertama Dr. Mas, so JKM telahpun membuat persiapan (insyaallah) untuk pembentangan tersebut, bila-bila di fikirkan apa analisi yang hendak dibuat dengan menggunakan teori Prof Dr Soleha Ishak ini berkenaan dengan Makna dan Maksud, tibe2 JKM rasa macam mahu mencari kelainan sedikit pabila membuat tafsiran filem atau naskah ini, ialah biasanya kita akan tafsir watak, mise en scene, ideologi pengarah, skrip, plot dan sebagainya, tetapi kali ni untuk master JKM nak buat dari segi Rajuk dan Pujuk dalam Filem Sayang Salmah.

ha...rasa pelik tak? hahah...so insyaalalh JKM akan kaitkan Rajuk dan Pujuk ni dengan teori yang diberikan oleh Prof Dr Solehah Ishak ini. so wish me luck ok...

Yakin Boleh!!!!!

Friday, 18 October 2013

Sebenarnya Saya Suami Dia?

Haloooooooo, hai kita jumpe lagi dalam blog JKM, apa kabar anda2 semua? I hope u alls sihat ok...almaklumla lps2 raya korban ni banyak yang makan daging korban...ok la nieay JKM nak story pasal tugasan JKM yg kedua tu...ala yg my Dr Mas bagi b4 cuti tu...tugasan pasal novel2 Melayu mutakhir : analisis Cerminan nilai Budaya.

ha tengah buat apa tu cik senah dengan kak tipah hoiii..amboi2 angpa ni tak habis2 nak bergosip yer...daripada kak bedah n tok mat gosip2kan, baiklah pie baca novel2terbaru yg pastinya terhagat dan TERLEBIH LARIS tue...hahaha...


Ok JKM nak story pasal apa yang dikatakan oleh RAMLI ISIN, beliau ada menulis artikal berkenaan dengan novel-novel. Apa yang disampaikan oleh beliau tu adalah tepat dan benar, dimana dalam setiap penghasilan penulisan atau karya itu terdapat IDENTITI sesebuah kelompok masyarakat. Penulisan bukanlah sesuatu yang mudah, daripada penulisan juga boleh membuatkan sesebuah negara itu hancur musnah, sebab itu tugas sebagai seorang penulis amat MEBARHAYA kerana mata pena ditangannya, seorang penulis boleh menaikan dan menjatuhkan seseorang dengan hasil penulisannya. Sebab itu ada penulis BAIK dan penulis JAHAT di dunia nie. Seram JKM dengan penulis2...heh

Berbalik kepada isu novel, alhamdulillah setakat ini setiap novel hasil nukilan dan karya anak2 tempatan masih lagi memaparkan nilai2 murni yang menjadi tunjang dalam kehidupan masyarakat Malaysia, di negara kita terdapat pelbagai jenis novel telah dihasilkan antaranya novel percintaan, politik, budaya, kaum, agama, ekonomi dan sebagainya, kesemua elemen2 ini adalah rencah dalam penghasilan seseuatu penulisan.

Jika kita imbas kembali novel2 yang ditulis oleh penulis2 OTAI seperti A. Samad Said, S.Othman Kelantan, Alias Ali, Zakaria Ali dan Dharmala N.S, novel2 yang dihasilakn oleh mereka mempunyai tema dan isu yang berbeza untuk diangkat dan ditonjolkan. Penulis2 otai ini biasanya akan membangkitkan isu2 pergolakan politik, perkauman, masalah sosial dan sebagainya. Isu2 ini diangkat adalah kerana waktu dan ketika itu masalah ini adalah masalah utama yang dihadapi oleh masyarakat, jadi sebagai penulis mereka menggunakan idea kreatif dengan menggunakan penulisan kreatif sebagai cara untuk memberitahu orang ramai. Namun disebalik kemelut2 yang berlaku dalam novel, masih ada lagi nilai2 murni yang ditonjolkan sebagai cerminan budaya bangsa. Dari dulu lagi dalam novel telah diterapkan nilai kerjasama antara ketiga-tiga kaum di Malaysia ini, itu sebagai contoh ceminan budaya dan bangsa yang ditonjolkan dan diangkat sehingga kini kerana untuk melestarikan keharmonian bangsa.





Kalau JKM perhatiakn novel2 lama yang ditulis oleh otai2 seperti Salina, Ranjau Sepanjang Jalan, Kemelut dan sebagainya isu yang diangkat agak terlalu "berat" untuk remaja pada masa kini. Sebab dewasa kini, remaja2 sekarang suka pembacaan yang ringan, ringkas dan mudah difahami. Namun apa jua cabaran dan tanggapan remaja sekarang terhadap novel2 otai ini, isi dan maksud2 yang nak di sampaikan itu lagi banyak manfaat dan pengajarannya. 

Dan sekarang ini banyak novel2 yang MELETOP katanya berada dipasaran yang sehingga diangkat menjadi karya dalam bentuk filem dan drama, ia sesuatu yang bagus dan membangun namun kita harus mengkaji tentang isi dan isu yang hendak dibangkitkan oleh penulisnya sama ada MENCERMINKAN NILAI BUDAYA BANGSA ATAU TIDAK? Tepuk dada tanya minda.

*adik perempuan JKM kaki novel ok
Kat umah mcm ni la Adik JKM punya koleksi novel





Tuesday, 15 October 2013

Syukur Masih Bertemu Adiladha

Assalamualaikum, 

Hari ni kena baik sikit, almaklumla hari2 raya ni kan, sebelom tu JKM nk ucap la 
SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA kepada pembaca2 tegar blog JKM ni...(adakepembacategar) hahaha..
....awak2 semua pernah terfikir x kenapa kita tak pernah dengar lagu Raya Haji? Raya aidilfitri adalah lagunya n sgt2 banyak...jawapannya...tanya la penulis2 lirik tu kenapa xnak buat lagu raya haji? Hahaha..

Raya taun ni patutnya JKM balik ke kampung nenda di Muar, Johor...tetapi disebabkan ada show b4 raya tu, maka famili JKM dh pun berangkat pulang ke kg terlebih dahulu, so konon2 nak balik pagi2 raya la kan then solat raya kt kg, tup2 bertolak dari jb kul 7.15pagi, so maknanya mmg xsempat la kan...so apa jadi solat la kt masjid yang dijumpai di perjalanan iaitu masjid kat area2 parit sulong, Batu Pahat...ni masjidnya, pe2 pun JKM bersyukur sbb sempat solat aidiladha pd tahun nie.

Yang ni pulak masa nk datang ke rumah kawan, lembu2 ni lari beramai2 sebab esoknya nak kena sembelih, mereka juga ada perasaan kan, his...his..his...



Thursday, 10 October 2013

Simbolik Drama Melayu Moden


Assalamualaikum, hai semua apa kabar? I hope u alls sihat2 ok....lama xjumpa kan kat alam maya ni, almaklumla JKM sgt2 sibuk...akhir tahun ni mcm2 program nk kena selesaikan. Dalam sibuk2 pun tugas sebagai pelajar TETAP kena laksanakan kannnnn...sempena dgn 2 minggu xd kelas iaitu 7 dan 14 oktober tu, banyak la tugasan yg dibagi oleh pensyarah2 ni termaksukla Dr Mas u alls...hahah ada 2 okey asgmtnya...JKM nak story lagi ni...
Baiklah tugasan untuk dua minggu bg kelas Dr Mas ni ada dua sebabnya cuti dua minggu kan, tugasan yg pertama ni berkenaan dengan Teks Dan  Makna Dalam Drama Melayu Moden oleh Solehah Ishak dan tugasan kedua berkenaan Novel-Novel Melayu Muktahir: Analisis Cerminan Nilai Budaya Bangsa oleh Ramli Isnin. So Kita akan pergi menjengah ke tajuk pertama yang sangat2 menarik perhatian JKM sebabnya JKM ni suka mencari maksud2 tersirat disebalik perlakuan atau SESUATU persembahan itu.


 

JKM ni sebenarnya sangat2 setuju apa yg di tulis dan dilontarkan oleh Solehah Ishak ni, kita sebagai orang MELAYU ni banyak keistimewaannya yang tak terdapat pada bangsa2 lain kat dunia ni, bak kata Hang Tuah Tak Kan MELAYU Hilang di Dunia kan...keistimewaan dan ciri Melayu itu juga bukan sahaja dipaparkan pada dunia realiti bahkan diangkat ke dunia pementasan, perfileman, periklanan, dan sebagainya agar DUNIA mengetahui bahawa ianya datang dari tanah Melayu.  
Di Malaysia ramai karyawan2 telah dilahirkan seperti Usman Awang, Nordin Hassan dan sebagainya, disetiap penghasilan teks atau nukilan karyawan2 ni banyak maksud2 yang tersirat telah dimuatkan didalamnya termaksuk la isu Budaya, Sosial, Ekonomi, Politik dan sebagainya. Perkara2 sebegini sebenarnya mencerminkan identiti sesebuah masyarakat itu sendiri. 
Untuk pengetahuan u alls semua, teks yang dihasilkan ini kadang kala maksudnya itu tidak begitu jelas ini kerana setiap pengarah atau penulis mempunyai ideologi tersendiri, dalam penghasilan teks ini kita boleh bahagi kpd 3 bahagian iaitu, 1. Pengarah memberi maksud secara terus, 2, Pengarah memberi maksud secara tersirat dan ke 3, Pengarah meninggalkan pelabagi persoalan agar khalayak yang menentukan sendiri karya tersebut.
Akhir kata dari JKM, Cerita atau drama Melayu moden ini sebenarnya telah memaparkan etika dan moral dalam penghidupan yang berbeza diantara baik dan buruk, kemuliaan dan kejahatan, kekuatan dan kelemahan, kepandaian dan kebodohan. Ia adalah contoh tauladan, pengajaran dan peringatan untuk manusia sejagat kerana sifat lemah terhadap nafsu dan pelupa harus disedarkan. Sifat kemuliaan manusia yang tinggi akan menyelamatkan kesejahteraan bumi, semua bangsa dan tiap-tiap yang ada di dunia ini. 
Ingatlah, pesanan ikhlas dari JKM, dilayar skrin atau pentas adalah 99% tentang penceritaan dan perjalanan kehidupan kita yang dirakam semula dan dipertontonkan dan film its what you don't see.
*ada contoh teks dari drama melayu moden uda dan dara, cuba2 la terjermahkan maknanya, nanti JKM bagi kasut MERAH...
Teks dan Makna Dalam Drama Melayu Moden - Solehah Ishak
UDA DAN DARA
Uda dan Dara
Bertemu wajah rasa
Burung-burung menyanyikannya
Gunung-gunung sungai sawah padi melindungi
Melindungi kasih sayang agung dan murni.
Uda dan Dara
Bersumpah keramat cinta
Kering lautan runtuh langit
Terbelah gunung gugur matahari
Berdua bersama berdua sehidup semati.
Uda dan Dara
Bersanding tak berpelamin
Berijabkabul malam bening
Pohon-pohon mewali laut malam saksi
Malam bersatu kiamatlah alam dua hati.