Haloooooooo, hai kita jumpe lagi dalam blog JKM, apa kabar anda2 semua? I hope u alls sihat ok...almaklumla lps2 raya korban ni banyak yang makan daging korban...ok la nieay JKM nak story pasal tugasan JKM yg kedua tu...ala yg my Dr Mas bagi b4 cuti tu...tugasan pasal novel2 Melayu mutakhir : analisis Cerminan nilai Budaya.
ha tengah buat apa tu cik senah dengan kak tipah hoiii..amboi2 angpa ni tak habis2 nak bergosip yer...daripada kak bedah n tok mat gosip2kan, baiklah pie baca novel2terbaru yg pastinya terhagat dan TERLEBIH LARIS tue...hahaha...
Ok JKM nak story pasal apa yang dikatakan oleh RAMLI ISIN, beliau ada menulis artikal berkenaan dengan novel-novel. Apa yang disampaikan oleh beliau tu adalah tepat dan benar, dimana dalam setiap penghasilan penulisan atau karya itu terdapat IDENTITI sesebuah kelompok masyarakat. Penulisan bukanlah sesuatu yang mudah, daripada penulisan juga boleh membuatkan sesebuah negara itu hancur musnah, sebab itu tugas sebagai seorang penulis amat MEBARHAYA kerana mata pena ditangannya, seorang penulis boleh menaikan dan menjatuhkan seseorang dengan hasil penulisannya. Sebab itu ada penulis BAIK dan penulis JAHAT di dunia nie. Seram JKM dengan penulis2...heh
Berbalik kepada isu novel, alhamdulillah setakat ini setiap novel hasil nukilan dan karya anak2 tempatan masih lagi memaparkan nilai2 murni yang menjadi tunjang dalam kehidupan masyarakat Malaysia, di negara kita terdapat pelbagai jenis novel telah dihasilkan antaranya novel percintaan, politik, budaya, kaum, agama, ekonomi dan sebagainya, kesemua elemen2 ini adalah rencah dalam penghasilan seseuatu penulisan.
Jika kita imbas kembali novel2 yang ditulis oleh penulis2 OTAI seperti A. Samad Said, S.Othman Kelantan, Alias Ali, Zakaria Ali dan Dharmala N.S, novel2 yang dihasilakn oleh mereka mempunyai tema dan isu yang berbeza untuk diangkat dan ditonjolkan. Penulis2 otai ini biasanya akan membangkitkan isu2 pergolakan politik, perkauman, masalah sosial dan sebagainya. Isu2 ini diangkat adalah kerana waktu dan ketika itu masalah ini adalah masalah utama yang dihadapi oleh masyarakat, jadi sebagai penulis mereka menggunakan idea kreatif dengan menggunakan penulisan kreatif sebagai cara untuk memberitahu orang ramai. Namun disebalik kemelut2 yang berlaku dalam novel, masih ada lagi nilai2 murni yang ditonjolkan sebagai cerminan budaya bangsa. Dari dulu lagi dalam novel telah diterapkan nilai kerjasama antara ketiga-tiga kaum di Malaysia ini, itu sebagai contoh ceminan budaya dan bangsa yang ditonjolkan dan diangkat sehingga kini kerana untuk melestarikan keharmonian bangsa.
Kalau JKM perhatiakn novel2 lama yang ditulis oleh otai2 seperti Salina, Ranjau Sepanjang Jalan, Kemelut dan sebagainya isu yang diangkat agak terlalu "berat" untuk remaja pada masa kini. Sebab dewasa kini, remaja2 sekarang suka pembacaan yang ringan, ringkas dan mudah difahami. Namun apa jua cabaran dan tanggapan remaja sekarang terhadap novel2 otai ini, isi dan maksud2 yang nak di sampaikan itu lagi banyak manfaat dan pengajarannya.
Dan sekarang ini banyak novel2 yang MELETOP katanya berada dipasaran yang sehingga diangkat menjadi karya dalam bentuk filem dan drama, ia sesuatu yang bagus dan membangun namun kita harus mengkaji tentang isi dan isu yang hendak dibangkitkan oleh penulisnya sama ada MENCERMINKAN NILAI BUDAYA BANGSA ATAU TIDAK? Tepuk dada tanya minda.
*adik perempuan JKM kaki novel ok
Kat umah mcm ni la Adik JKM punya koleksi novel
No comments:
Post a Comment