Ketamadunan Melayu Adalah Ketamadunan Islam? mendengar tajuknya sahaja sudah membuatkan kita rasa tersentak dari lena yang panjang. Jadi bilakah wujudnya atau terlahirnya Tamadun Melayu ini? Jejaka tidak akan menceritakan tentang asal usul orang Melayu ini kerana bagi Jejaka anda semua sudah tahu daripada mana asal usul kita. maka kita terus ke topik perbincangan iaitu bagaimana wujudnya Tamadun Melayu ini, Agama Islam memainkan peranan yang sangat penting dan utama dalam membina Tamadun Melayu. perhubungan diantara agama Islam yang telah memperkenalkan pengetahuan berkenaan dengan bercorak falsafah, pemikiran yang berasaskan rasional dan intelektual dengan Tamadun Melayu yang berpegangkan kepada nilai persekitaran, telah memberi sedikit ruang kepada Tamadun Islam mendominasi arah aliran pemikiran masyarakat Melayu ketika itu. Tamadun Islam telah mengubah corak dan gaya daripada unsur-unsur estetika yang bercorak Hindu-Buddha kepada corak akhlak yang lebih kompetitif dan sesuai dengan kehendak jiwa dan penerimaan akal masyarakat Melayu. Dari aspek ajaran kemasyarakatan Islam telah menekankan unsur-unsur persamaan, sosial, keadilan, individu dan keperibadian insan, yang meletakkan manusia adalah mempunyai hak dan tanggungjawab tersendiri dan bersamaan antara satu sama lain. Dengan keserasian ajaran yang diketengahkan oleh Islam dan kesesuaiannya dengan cita rasa dan kehendak manusia, Islam telah menjadi landasan pegangan masyarakat Melayu. Salah satu pendekatan yang diketengahkan oleh Islam dalam mempamerkan keindahan ajaran dan kemurnian isi kandungannya ialah melalui pendekatan ilmu.
dengan kedatangan Islam yang turut membawa bersama tulisan Arab ini telah menghasilkan Bahasa Melayu dengan pendukung asasnya adalah tulisan jawi yang dimana pada akhirnya membawa kepada penghasilan bahasa Melayu yang digunapakai sehingga kini. unsur bahasa melayu ini mempunyai ciri-ciri dan pengaruh Arab, Parsi, Turki dan Urdu. maka dengan bahasa dan ilmu maka wujudlah konsep TAMADUN.
disini jelas menyatakan bahawa konsep Melayu itu muncul dengan kedatangan dan penerimaan islam di alam Melayu ini. kehidupan dan kebudayaan masyarakat Melayu telah berubah dengan kedatangan Islam dimana ia telah mengalami proses daripada dunia gelap kepada dunia yang lebih cerah serta bertamadun dan berkonsep. Melayu adalah perlambangan TAMADUN BARU yang muncul di wilayah selatan dan kepulauan Asia Tenggara.
Tamadun Melayu telah menjadi landasan perkembangan tamadun Malaysia yang bertunjangkan kepada nilai keagamaan, nilai identiti diri, nilai seni dan budaya dan nilai politik dan perundangan. Kesemua nilai ini mempunyai peranan penting dan dijadikan asas pembinaan Tamadun Malaysia. Asas-asas ini menjadi acuan kepada rangka kerja pembinaan Tamadun Malaysia.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteKetamadunan Melayu Adalah Ketamadunan Islam? mendengar tajuknya sahaja sudah membuatkan kita rasa tersentak dari lena yang panjang. Jadi bilakah wujudnya atau terlahirnya Tamadun Melayu ini? Jejaka tidak akan menceritakan tentang asal usul orang Melayu ini kerana bagi Jejaka anda semua sudah tahu daripada mana asal usul kita. maka kita terus ke topik perbincangan iaitu bagaimana wujudnya Tamadun Melayu ini, Agama Islam memainkan peranan yang sangat penting dan utama dalam membina Tamadun Melayu. perhubungan diantara agama Islam yang telah memperkenalkan pengetahuan berkenaan dengan bercorak falsafah, pemikiran yang berasaskan rasional dan intelektual dengan Tamadun Melayu yang berpegangkan kepada nilai persekitaran, telah memberi sedikit ruang kepada Tamadun Islam mendominasi arah aliran pemikiran masyarakat Melayu ketika itu. Tamadun Islam telah mengubah corak dan gaya daripada unsur-unsur estetika yang bercorak Hindu-Buddha kepada corak akhlak yang lebih kompetitif dan sesuai dengan kehendak jiwa dan penerimaan akal masyarakat Melayu. Dari aspek ajaran kemasyarakatan Islam telah menekankan unsur-unsur persamaan, sosial, keadilan, individu dan keperibadian insan, yang meletakkan manusia adalah mempunyai hak dan tanggungjawab tersendiri dan bersamaan antara satu sama lain. Dengan keserasian ajaran yang diketengahkan oleh Islam dan kesesuaiannya dengan cita rasa dan kehendak manusia, Islam telah menjadi landasan pegangan masyarakat Melayu. Salah satu pendekatan yang diketengahkan oleh Islam dalam mempamerkan keindahan ajaran dan kemurnian isi kandungannya ialah melalui pendekatan ilmu.
Deletedengan kedatangan Islam yang turut membawa bersama tulisan Arab ini telah menghasilkan Bahasa Melayu dengan pendukung asasnya adalah tulisan jawi yang dimana pada akhirnya membawa kepada penghasilan bahasa Melayu yang digunapakai sehingga kini. unsur bahasa melayu ini mempunyai ciri-ciri dan pengaruh Arab, Parsi, Turki dan Urdu. maka dengan bahasa dan ilmu maka wujudlah konsep TAMADUN.
disini jelas menyatakan bahawa konsep Melayu itu muncul dengan kedatangan dan penerimaan islam di alam Melayu ini. kehidupan dan kebudayaan masyarakat Melayu telah berubah dengan kedatangan Islam dimana ia telah mengalami proses daripada dunia gelap kepada dunia yang lebih cerah serta bertamadun dan berkonsep. Melayu adalah perlambangan TAMADUN BARU yang muncul di wilayah selatan dan kepulauan Asia Tenggara.
Tamadun Melayu telah menjadi landasan perkembangan tamadun Malaysia yang bertunjangkan kepada nilai keagamaan, nilai identiti diri, nilai seni dan budaya dan nilai politik dan perundangan. Kesemua nilai ini mempunyai peranan penting dan dijadikan asas pembinaan Tamadun Malaysia. Asas-asas ini menjadi acuan kepada rangka kerja pembinaan Tamadun Malaysia.