Assalamualaikum, hai semua apa kabar? I hope u alls sihat2 ok....lama xjumpa kan kat alam maya ni, almaklumla JKM sgt2 sibuk...akhir tahun ni mcm2 program nk kena selesaikan. Dalam sibuk2 pun tugas sebagai pelajar TETAP kena laksanakan kannnnn...sempena dgn 2 minggu xd kelas iaitu 7 dan 14 oktober tu, banyak la tugasan yg dibagi oleh pensyarah2 ni termaksukla Dr Mas u alls...hahah ada 2 okey asgmtnya...JKM nak story lagi ni...
Baiklah tugasan untuk dua minggu bg kelas Dr Mas ni ada dua sebabnya cuti dua minggu kan, tugasan yg pertama ni berkenaan dengan Teks Dan Makna Dalam Drama Melayu Moden oleh Solehah Ishak dan tugasan kedua berkenaan Novel-Novel Melayu Muktahir: Analisis Cerminan Nilai Budaya Bangsa oleh Ramli Isnin. So Kita akan pergi menjengah ke tajuk pertama yang sangat2 menarik perhatian JKM sebabnya JKM ni suka mencari maksud2 tersirat disebalik perlakuan atau SESUATU persembahan itu.
JKM ni sebenarnya sangat2 setuju apa yg di tulis dan dilontarkan oleh Solehah Ishak ni, kita sebagai orang MELAYU ni banyak keistimewaannya yang tak terdapat pada bangsa2 lain kat dunia ni, bak kata Hang Tuah Tak Kan MELAYU Hilang di Dunia kan...keistimewaan dan ciri Melayu itu juga bukan sahaja dipaparkan pada dunia realiti bahkan diangkat ke dunia pementasan, perfileman, periklanan, dan sebagainya agar DUNIA mengetahui bahawa ianya datang dari tanah Melayu.
Di Malaysia ramai karyawan2 telah dilahirkan seperti Usman Awang, Nordin Hassan dan sebagainya, disetiap penghasilan teks atau nukilan karyawan2 ni banyak maksud2 yang tersirat telah dimuatkan didalamnya termaksuk la isu Budaya, Sosial, Ekonomi, Politik dan sebagainya. Perkara2 sebegini sebenarnya mencerminkan identiti sesebuah masyarakat itu sendiri.
Untuk pengetahuan u alls semua, teks yang dihasilkan ini kadang kala maksudnya itu tidak begitu jelas ini kerana setiap pengarah atau penulis mempunyai ideologi tersendiri, dalam penghasilan teks ini kita boleh bahagi kpd 3 bahagian iaitu, 1. Pengarah memberi maksud secara terus, 2, Pengarah memberi maksud secara tersirat dan ke 3, Pengarah meninggalkan pelabagi persoalan agar khalayak yang menentukan sendiri karya tersebut.
Akhir kata dari JKM, Cerita atau drama Melayu moden ini sebenarnya telah memaparkan etika dan moral dalam penghidupan yang berbeza diantara baik dan buruk, kemuliaan dan kejahatan, kekuatan dan kelemahan, kepandaian dan kebodohan. Ia adalah contoh tauladan, pengajaran dan peringatan untuk manusia sejagat kerana sifat lemah terhadap nafsu dan pelupa harus disedarkan. Sifat kemuliaan manusia yang tinggi akan menyelamatkan kesejahteraan bumi, semua bangsa dan tiap-tiap yang ada di dunia ini.
Ingatlah, pesanan ikhlas dari JKM, dilayar skrin atau pentas adalah 99% tentang penceritaan dan perjalanan kehidupan kita yang dirakam semula dan dipertontonkan dan film its what you don't see.
*ada contoh teks dari drama melayu moden uda dan dara, cuba2 la terjermahkan maknanya, nanti JKM bagi kasut MERAH...
Teks dan Makna Dalam Drama Melayu Moden - Solehah Ishak
UDA DAN DARA
Uda dan Dara
Bertemu wajah rasa
Burung-burung menyanyikannya
Gunung-gunung sungai sawah padi melindungi
Melindungi kasih sayang agung dan murni.
Bertemu wajah rasa
Burung-burung menyanyikannya
Gunung-gunung sungai sawah padi melindungi
Melindungi kasih sayang agung dan murni.
Uda dan Dara
Bersumpah keramat cinta
Kering lautan runtuh langit
Terbelah gunung gugur matahari
Berdua bersama berdua sehidup semati.
Bersumpah keramat cinta
Kering lautan runtuh langit
Terbelah gunung gugur matahari
Berdua bersama berdua sehidup semati.
Uda dan Dara
Bersanding tak berpelamin
Berijabkabul malam bening
Pohon-pohon mewali laut malam saksi
Malam bersatu kiamatlah alam dua hati.
Bersanding tak berpelamin
Berijabkabul malam bening
Pohon-pohon mewali laut malam saksi
Malam bersatu kiamatlah alam dua hati.
No comments:
Post a Comment