Wednesday, 11 December 2013

Pendidikan Konsep Ta’dib VS Masalah Sosial Remaja Masa Kini

Pendidikan Konsep Ta’dib VS Masalah Sosial Remaja Masa Kini
Tugasan Kelas 9/12/2013

Faktor diri remaja sendiri merupakan sebab berlakunya gejala sosial. Kebanyakan remaja yang terlibat dalam gejala sosial tidak mempunyai didikan agama dan moral yang mendalam. Mereka tidak takut pada dosa dan pembalasan Tuhan di atas perbuatan mereka. Remaja terbabit juga biasanya tidak sembahyang dan mengingkari perintah agama yang lain. Mereka berpendapat bahawa, kehidupan masa remaja perlu diisi dengan hiburan dan keseronokan semata-mata. Inilah senario yang berlaku di negara kita apabila masing-masing sibuk mengejar kemodenan yang dibawakan oleh agenda dunia barat. Kealpaan remaja masakini bermula dari masalah pendidikan yang kurang berkesan terhadap remaja-remaja ini. Antara punca yang JKM lihat adalah dek kerana penerobosan ilmu-ilmu dari negara barat ke Tanah Melayu sehingga menjejaskan terhadap perkara-perkara teras termasuklah Konsep Tuhan, konsep agama, insan, ilmu, pendidikan dan sebagainya.



Justeru itu JKM membawakan satu ringkasan tentang konsep Tadib yang dipelopori oleh Naquib al-Attas dimana, Konsep Ta’dib  yang diperkenalkan oleh al-Attas adalah konsep pendidikan Islam yang bertujuan menciptakan manusia beradab dalam erti yang komprehensif. Pengertian konsep ini dibangunkan dari makna kata dasar addaba. Makna addaba, bila maknanya dikaitkan antara satu sama lain, akan menunjukkan pengertian pendidikan yang menunjukan integratif. Di antara makna-makna tersebut adalah, kesopanan, keramahan, dan kehalusan budi pekerti. Makna ini berkaitan dengan akhlak. Adab juga secara konsistennya dikaitkan dengan dunia sastera, yaitu adab dijelaskan sebagai pengetahuan tentang hal-hal yang indah yang mencegah dari kesalahan-kesalahan. Sehingga seorang sastrawan disebut adiib.  Makna ini hampir sama dengan definisi yang diberikan al-Jurjani, yaini ta’dib adalah proses memperoleh ilmu pengetahuan (ma’rifah) yang dipelajari untuk mencegah pelajar dari bentuk kesalahan.

Kata ta’dib adalah mashdar dari addaba yang sebenarnya secara konsisten bermakna mendidik. Berkenaan  dengan hal itu, seorang guru yang mengajarkan etika dan kepribadian tersebut disebut juga mu’addib. Setidaknya ada tiga jenis dari kata addaba, yakni adiib, ta’dib, muaddib. Dari gambaran tersebut dapat dikatakan, ketiga-tiga makna itu saling terikat dan berkaitan. Seorang pendidik (muaddib), adalah orang yang mengajarkan tentang etika, kesopanan, pengembangan diri atau suatu ilmu (ma’rifah) agar anak didiknya terhindar dari kesalahan ilmu, menjadi manusia yang sempurna (insan kamil) sebagaimana dicontohkan dalam peribadi Rasulullah SAW. Cara mendidiknya perlu dengan menggunakan cara-cara yang benar sesuai dengan kaedahnya, menarik dan indah – seperti seorang sasterawan yang mennggunakan kata-kata dengan benar, indah dalam berpuisi.

Pada pandangan JKM, jikalau konsep ini digunapakai insyaallah banyak masalah dalam sistem pendidikan dapat diatasi dengan segera dan gejala sosial dapat dikurangkan, konsep yang diketengahkan ini adalah suatu konsep yang seimbang antara dunia dan akhirat. Jika kita bandingkan konsep yang ada sekarang ini lebih mengetengahkan asas pendidikan yang acuannya dari falsafah utilitarian barat untuk melahirkan warganegara yang bertanggungjawab so kita akan dapat lihat keputusannya adalah melahirkan warganegara yang bertanggungjawab. Akan tetapi kalo konsep pendidikan islam pula ianya mencari dan melahirkan Good Man dimana ia mengimbangkan sifat manusia yang baik dan adil. Insan yang baik secara tidak langsung akan melaksanakan tanggungjawabnya sebagai warganegara dek kerana tuntutan fardu kifayah, so sweet kan pendidikan islam ini?

JKM berasa bertua dah bersyukur kerana di Malaysia masih ada lagi sekolah-sekolah pondok yang pastinya JKM rasa ia mengamalkan konsep Tadib ini bagi melahirkan generasi ummah yang good man,  kembara ilmu JKM ke Tanah Tinggi dan Padang Indonesia membawa satu lemabaran baru dimana masyarakat minang disana menghantar anak-anak lelaki mereka yang berusia 10-15 tahun ke sekolah-sekolah pondok bagi menjadikan mereka seorang anak yang mempunyai masa depan yang boleh membantu menyumbang kepada keharmonian ummah. JKM sangat terharu kerana setiap pagi ahad anak-anak kecil akan mengaji di surau-surau atau masjid dengan menggunakan mic, jadi semua penduduk setempat akan dapat mendengar bacaan tersebut. Harapnya di Malaysia akan ada yang berbuat demikan kerana ia memberikan pendidikan awal kepada kanak-kanak agar mempunyai jati diri dan keyakinan diri yang MANTAP.

Akhir kata JKM bersetuju dengan konsep ini kerana ia banyak positifnya dalam menangi pelbagai isu dan masalah dalam sistem pendidikan.


Sunday, 1 December 2013

Worldview vs Masyarakat Minangkabau


Assalamualaikum wtb, JKM kembali beraksi lagi. Alhamdulillah JKM akhirnya dapat juga melancong ke negara orang bagi tahun ni iaitu ke Padang dan Bukit Tinggi, Indonesia. Pastinya sangat seronok disana dan apa yang paling penting adalah pengalaman yang JKM lalui dan tempuhi dalam masa 4 hari 3 malam di sana.
Baiklah entry kali ini JKM nak mengulas sedikit tentang Kemodenan, Kemajuan dan Worldview terhadap masyarakat Indonesia khasnya penduduk di Padang dan Bukit Tinggi, Indonesia. Pertama kali sampai ke Padang, Indonesia di airportnya JKM dah mula kagum dengan reka bentuk bangunannya yang terdiri dari ciri2 masyarakat Minangkabau. Kagum dengan kesenian rekabentuknya yang masih lagi mempunyai ciri-ciri tradisional dan Islamnya, dimana kita di sambut dengan senyuman dan salam serta sapaan mesra oleh petugas-petugas airport Padang, senyum itu kan sedekah, senyum itu juga kemodenan. Setelah segala urusan pasport selesai, kami telah di tunggu oleh agen yang kami deal untuk pakej 4hari 3malam disana iaitu ajen Raun Sumatera yang diketuai oleh Mas Fehri. 

Kami di bawa sarapan pagi, dan dalam perjalanan serta selama disana apa yang sangat2 mengujakan JKM adalah dimana setiap hampir 500 meter pastinya ada surau yang didirikan, ia adalah untuk memudahkan urusan beribadah bagi penduduk yang sibuk mencari rezeki, namun agama masih lagi diteguhkan. Yang pasti itu jarang2 berlaku dan ada di tanah air kita. Surau2 yang didirikan adalah menggunakan dana yang dikumpul oleh penduduk dan derma persendirian TANPA bantuan Kerajaan. Subhanallah, dalam mengejar pembangunan dan kehidupan yang lebih selesa worldview yang dipaparkan oleh masyarakat disana telah membuka mata JKM bahawa Agama itu sangat peting dalam menerjah arus kemodenan.

Lawatan pertama JKM adalah ke Pusat Dokumentasi Adat dan kebudayaan Minangkabau, sekali lagi JKM terpukau dengan keindahan bangunan Rumah Minangkabau yang sagat2 mempersoanakan. Oh, untuk makluman semua, masyarakt di Padang dan Bukit Tinggi adalah masyarakat Minangkabau, di mana menurut kata Mas Fehri, masyarakat Minangkabau ini adalah masyarakat yang berhijrah. Falsafah alam Minagkabau meletakkan manusia sebagai salah satu unsur yang statusnya sama dengan unsur2 lain, seperti tanah, rumah, suku dan nagari. Persamaan status itu mereka lihat dari keperluan budi daya manusia itu sendiri, setiap manusia akan memerlukan tanah, rumah, suku, dan nagari sebagaimana mereka memerlukan orang lain bagi kepentingan zahir dan batinya. Oleh yang demikian sangat sukar apabila manusia tidak memiliki keperluan zahir dan batin itu. Maksud keperluan batin ni banyak ye...menurut alam pikiran masyarakat Minangkabau, manusia atau orang merupakan sesuatau yang sempurna, seperti sempurnanya matahari dengan sinarnya, bulan dengan cahayanya, api dengan panasnya, angin dengan hembusannya. Oleh itu setiap manusia dipandang dalam status sama. Tagak samo tinggi, duduak samo randah. Jadi JKM nak kaitkan dengan worldview kemodonen ni dengan masyarakat Minangkabau, makanya apa yang jelas dan pasti, setiap manusia mengejar kemedonan dan kehidupan yang lebih elok atau batter life, namun apa yang menjadi dorongan kita dan pegangan kita dalam mengejar semua benda2 itu? Yang pasti bagi JKM adalah adat dan juga agama yang menjadi sandaran, walau kemana kita sekali atau maju manasekali pun kalau tidak ada yang lama maka tidak ada yang baru.



Ok ni sebelum JKM tutup entry kali ini, sebabnya sgt2 penat pasal baru je touchdown then trus shot kat blog sbb esok datelinenya...hahahaha...Dan yang paling mengujakan JKM adalah tentang anak muda lelaki Minangkabau yang dimana ia terkenal dengan Rantau. Pergi atau rantau atau lazimnya disebut merantau merupakan produk kebudayaan Minangkabau. Setiap orang terutamanya anak muda akan sentiasa didorong dan ditarik agar merantau oleh kerabatnya dengan pelbagai cara. Untuk makluman semua falsafah materialisme Minangkabau mendorong anak muda supaya kuat mencari harta kekayaan bagi memperkukuhkan atau meningkatkan martabat kaum kerabat agar setaraf dengan orang lain. Remaja lelaki yang berumur 10-15 tahun akan disuruh untuk duduk disurau atau masjid. Ini kerana remaja2 ini akan di ajar silat minangkabau, belajar ilmu agama, dan belajar tentang adat2 Minangkabau. Makanya disini jelas menyatakan bahawa peranan Rantau dalam belia lelaki masyarakat Minag adalah untuk mencapai kehidupan yang lebih baik, sinonimnya adalah bahawa lelaki sebagai ketua, lelaki sebagai pemimpin dan lelaki juga sebagai contoh dalam membangunkan kemajuan sesebuah keluarga. Jika menurut Syed Muhammad Naquib Al-Attas berkenaan Worldview Of Islam ini di mana sebagai seorang Islam yang inginkan pembangunan dalam dirinya, maka ia harus menuntut ilmu serta mendalami pelbagai pegetahuan agar setiap pembangunan itu tercapai dengan jelas dan betul mengikut nas-nas nya.


Inilah yang boleh JKM share pada pembaca2 semua tentang pengembaraan ILMU JKM untuk hari pertama yang JKM kaitkan dengan pandangan dan tulisan oleh Syed Muhammad Naquib Al-Attas tentang kemodenan VS adat dan budaya. JKM sangat kagum dengan masyarakt Minang yang dimana dalam mengejar harus kemodenan dan pembangunan negara ia seiring juga dengan pembangunan diri dan jatidiri masyaraktnya.  Contoh paling mudah dimana setiap pagi ahad, anak2 kecil akan mengaji di surau-surau dimana ia dididik dari kecil tentang pembangunan diri sebelum sibuk2 untuk membangunkan negara. JKM tinggalkan anda semua dengan pantun minang yang menyeru mencari kekayaan. Ini JKM dapat masa mendengar taklimat dan penerangan oleh penyelia di Pusat Kebudayaan Minangkabau di Padang, Indonesia.

Apo gunonyo kabau batali
Usah dipauik di pamatang
Pauikan sajo di tangah padang
Apo gunonyo badan mancari
Iyo pamagang sawah jo ladang
Nak membela sanak kandung

Apa gunanya kerbau bertali
Usah dipautkan di pematang
Pautkan saja di tengah padang
Apa gunanya kita mencari
Ialah memagang sawah dan ladang
Hendak membela saudara kandung.

Karatau madang di hulu
Babuah babungo balun
Marantau bujang dahulu
Di rumah baguno balun

Keratau madang di hulu
Berbuah berbunga belum
Merantau bujang dahulu

Di rumah berguna belum.

Friday, 22 November 2013

Pandangan Islam Terhadap Tradisi dan Kemodenan


Pandangan Islam Terhadap Tradisi dan Kemodenan - Khalif Muammar A. Haris. UKM




Assalamualaikum semua, apa kabar? Lama rasanya tak bertemu di ruang maya nie. Almaklumla JKM tengah sibuk uruskan pelajar2 JKM tuk Program Kebangsaan CceC ni. So dalam masa tu sempat2 JKM update blog JKM ni. Hari ni JKM nak bagi la sedikit pandangan JKM tentang tajuk kat atas tu.

So, pada pandangan JKM ni, antara Islam dan Kemajuan serta Pembangunan memang tidak dapat dipisahkan lagi. Kita tahu sejak dari berabad lagi bahawa tamadun islam adalah tamadun yang termaju sekali berbanding dengan tamadun2 yang lain, cuba kita lihat dengan tamadun Uthmaniah yang merupakan empayar Islam terakhir sebelum di monopoli oleh tamadun Barat. Ini je sudah membuktikan bahawa Islam dan pembangunan serta kemajuan memang tidak oleh dipisahkan kerana ia ibarat isi dan kuku, lagu dan irama, aur dan tebing.

Modeniti pada hari ini telah di tafsirkan sebagai kemajuan dan pembangunan yang dimana ia secara totalnya merujuk kepada pandangan dan tangapan si Barat. Ia juga merupakan sebuah ideologi Barat yang menilai dan melalui pasca-tradisi, pasca zaman pertengahan dengan menggunakan ciri-cirinya yang tersendiri iaitu industrialisme, kapitalisme, sekularisasi dan negara bangsa. Kalo di ikot kan barat ni modeniti memang tidak akan terlepas dengan Sains dan Teknologi, pada era globalisasi ni kan, kita sering di momok-momokan dengan Sains dan Teknologi, jikalau sesebuah negara tu nak nampak atau sedang menuju ke arah kemodenan dan atau negara maju, yang menjadi pengukurnya adalah Sains dan teknologinya, sebab itu bila kita tengok la ni, setiap pembalajaran di sek2 adanya subjeka Sains dan Teknologi ini. Tetapi kalo ikot pandangan JKM sendiri, Modeniti ini tiada dalam istilah dan kamus Islam, yang ada hanyalah kemajuan dan pembangunan. Sebagai negara Islam apa yang dicari adalah kemajuan dan pembangunan umatnya terbela dari segi Politik, Sosial dan ekonominya. Kerohanian juga adalah aspek yang sangat penting dalam membangunankan umat. Apa yang JKM nampak kalo modeniti yang diolah oleh barat ini lebih kepada mementingkan pembangunan dari segi Fizikal seperti infrasuktur, bagunanan pencakar langit dan sebagainya. Dan jika dibandingkan Islam dan Barat ini, pembangunan Islam adalah secara total dan menyeluruh termasuk dari aspek duniawi dan akhirat.


JKM merasakan bahawa kita tidak menolak modeniti tetapi kita harus mengkaji apa yang terdapat di dalam modeniti yang dipaparkan dan diaggungkan oleh barat itu. Kerana antara kita dan mereka adalah berbeza. 

Tuesday, 19 November 2013

Isu Panas Lagi Sensasi


Assalamualaikum WTB JKM ucapkan pada semua pembaca blog JKM ni, apa kabar semua? baiklah kelas hari nie 11.11.13 ni memang menarik sebabnya kami semua berbincang tentang konsep Worldview. 

Kiranyanya Worldview ni adalah pandang yang merupakan satu konsep mengenai alam semesta secara keseluruhan terutamanya dilihat melalui satu sudut pandangan yang dipengaruhi oleh satu sistem nilai yang tertentu.

Tapi kan yang JKM dapat dari suatu sumber ini pula, menurut pendapat seorang sarjana Barat, Albert Schweitzer, pandangan semesta bolehlah ditafsirkan sebagai “the some total of thought which a community or individual think about the nature and purposed of the universe and about the place and destiny of mankind within the world".

So JKM ni dh diberi kumpulan ol Dr. Mas, kumpulan JKM terdiri daripada Dilla dan Hazey. Kami telah di beri sekeping gambar seperti diatas tu, ha tulah gambarnya...heh..dan kami di minta untuk mengulas, mengupas, merobek apakah yang difahami tentang gamba tersebut.

Maka dengan pantas kami telah berdiskusi dimana kami telah menyatakan bahaya sebenarnya pic tersebut dgn perkataan 
"I dont Need Sex Because The Government FUCKS Me Everyday" bila dapat je JKM dah terpikir bahawa ini adalah sebuah isu yang sudah menjadi kebiasaan di setiap negara-negara barat dimana isu pentadbiran la yang menjadi isu utama. Apa yang JKM nampak dari gambar yang mempunyai 1001 makna ni adalah isu Pemerintahan yang tidak adil, Penipuan semasa memancing UNDI dan juga Janji2 Manismu bak kata Aishah...so boleh JKM katakan isu utama adalah pengangguran di kalangan belia2, ekonomi yang tidak stabil dan juga masalah sosial yang semakin berleluasa. Kita sedia maklum bahawa pendapatan atau duit merupakan keperlaun masa kini. Org sanggup berbunuhan demi duit. Jadi kalau peerintah dah menipu rakyatnya maka ini lah padahnya, refomasi, rusuhan jalanan dan sebagainya. 

Jadi sebagai rakyat Malaysia syukur kita masih aman dan boleh mencari nafkah untuk menyara keluarga kita. Syukur itu penting, Syukur itu nikmat.


Monday, 18 November 2013

The Worldview Of Islam



Pandangan JKM dalam rencana yang ditulis oleh Syed Muhammad Naquib Al-Attas berkenaan Worldview Of Islam ini amat menarik sekali di mana sebagai seorang Islam yang inginkan pembangunan dalam dirinya maka harus mengambil pemahaman yang mudah dan tepat berkenaan dengan Worldview Of Islam ini, dimana dengan andaian bahawa kedua-dua kaki haruslah secara kukuh dan mantap melangkah masuk ke dalam Worldview Barat bagi satu kaki kakinya dan satu kaki lagi masuk ke Worldview Islam.

JKM melihat sekarang ini umat Islam sedang menghadapi tentangan pemikiran moden atau post modern (Worldview Barat) dalam mengharungi dunia tanpa sepadan ini maka dengan itu pegangan dan ilmu itu sangat penting dalam kehidupan. Bagi umat Islam yang  dalam rangka membangunkan peradaban agung dimasa hadapan, maka langkah pertama yang harus umat Islam lakukan adalah memantapkan, memperkasakan, dan mematangkan lagi terlebih dahulu apa yang dimaksudkan dengan agama Islam. 

Pada masa kini yang JKM nampak dan lihat adalah umat Islam memahami agama Islam hanya sekadar aspek ibadah semata, maka janganlah harapan umat Islam akan mampu membangunkan ilmu pengetahuan dan peradaban Islam yang cemerlang dimasa depan. Namun jika umat Islam memahami Islam sebagai agama ilmu atau agama yang memuliakan ilmu pengetahuan dan cendekiawan serta ulama, maka Insya Allah agama Islam akan dapat dikembangkan sebagai ‘ASAS’ seperti Tiang Seri dalam membangunkan peradaban Islam yang agung bersumber dari worldview Islam yang kaffah.

Pandangan dan bayangan serta gambaran Worldview Islam dalam kehidupan dunia sampai ke akhirat adalah ibarat pohon yang baik dan benar/haq dimana akarnya adalah teguh dan cabangnya menjulang kelangit yang memberikan buahnya disetiap musim atas izin Allah SWT, sebaliknya rapuhnya worldview Barat, worldview diluar Islam yang bersifat bathil dan bermuatan materialistik-sekularistik-liberalistik adalah ibarat pohon yang buruk yang akarnya mudah tercabut dari permukaan bumi, tidak dapat tegak sedikitpun pentingnya Pandangan Hidup Islam (Worlview of Islam) adalah karana erti, tujuan, dan nilai hidup sangat ditentukan oleh pandangan hidup masing-masing manusia.


So ini lah serba sedikit yang JKM nak kongsi berkenaan dengan Worldview Of Islam yang boleh dikongsi bersama-sama dengan pembaca semua, ceh wah macam la ada yang ikuti blog JKM ni kan...hahaha...

Wednesday, 6 November 2013

SALAM MAAL HIJRAH 1435


Salam Ma'al Hijrah kepada rakan2 JKM semua. Semoga dengan tahun baru ini akan lebih bermakna kehidupan anda semua.


Sunday, 27 October 2013

Filem Sayang Salmah : Kajian Terhadap Rajuk dan Pujuk


Esok 28.10.2013 adalah pembentangan bagi tugasan pertama Dr. Mas, so JKM telahpun membuat persiapan (insyaallah) untuk pembentangan tersebut, bila-bila di fikirkan apa analisi yang hendak dibuat dengan menggunakan teori Prof Dr Soleha Ishak ini berkenaan dengan Makna dan Maksud, tibe2 JKM rasa macam mahu mencari kelainan sedikit pabila membuat tafsiran filem atau naskah ini, ialah biasanya kita akan tafsir watak, mise en scene, ideologi pengarah, skrip, plot dan sebagainya, tetapi kali ni untuk master JKM nak buat dari segi Rajuk dan Pujuk dalam Filem Sayang Salmah.

ha...rasa pelik tak? hahah...so insyaalalh JKM akan kaitkan Rajuk dan Pujuk ni dengan teori yang diberikan oleh Prof Dr Solehah Ishak ini. so wish me luck ok...

Yakin Boleh!!!!!