Assalamualaikum wtb, JKM kembali
beraksi lagi. Alhamdulillah JKM akhirnya dapat juga melancong ke negara orang
bagi tahun ni iaitu ke Padang dan Bukit Tinggi, Indonesia. Pastinya sangat
seronok disana dan apa yang paling penting adalah pengalaman yang JKM lalui dan
tempuhi dalam masa 4 hari 3 malam di sana.
Baiklah entry kali ini JKM nak
mengulas sedikit tentang Kemodenan, Kemajuan dan Worldview terhadap masyarakat
Indonesia khasnya penduduk di Padang dan Bukit Tinggi, Indonesia. Pertama kali
sampai ke Padang, Indonesia di airportnya JKM dah mula kagum dengan reka bentuk
bangunannya yang terdiri dari ciri2 masyarakat Minangkabau. Kagum dengan kesenian
rekabentuknya yang masih lagi mempunyai ciri-ciri tradisional dan Islamnya, dimana
kita di sambut dengan senyuman dan salam serta sapaan mesra oleh
petugas-petugas airport Padang, senyum itu kan sedekah, senyum itu juga
kemodenan. Setelah segala urusan pasport selesai, kami telah di tunggu oleh
agen yang kami deal untuk pakej 4hari 3malam disana iaitu ajen Raun Sumatera
yang diketuai oleh Mas Fehri.
Kami di bawa sarapan pagi, dan dalam perjalanan
serta selama disana apa yang sangat2 mengujakan JKM adalah dimana setiap hampir
500 meter pastinya ada surau yang didirikan, ia adalah untuk memudahkan urusan
beribadah bagi penduduk yang sibuk mencari rezeki, namun agama masih lagi
diteguhkan. Yang pasti itu jarang2 berlaku dan ada di tanah air kita. Surau2
yang didirikan adalah menggunakan dana yang dikumpul oleh penduduk dan derma persendirian
TANPA bantuan Kerajaan. Subhanallah, dalam mengejar pembangunan dan kehidupan
yang lebih selesa worldview yang dipaparkan oleh masyarakat disana telah
membuka mata JKM bahawa Agama itu sangat peting dalam menerjah arus kemodenan.
Lawatan pertama JKM adalah ke
Pusat Dokumentasi Adat dan kebudayaan Minangkabau, sekali lagi JKM terpukau
dengan keindahan bangunan Rumah Minangkabau yang sagat2 mempersoanakan. Oh,
untuk makluman semua, masyarakt di Padang dan Bukit Tinggi adalah masyarakat
Minangkabau, di mana menurut kata Mas Fehri, masyarakat Minangkabau ini adalah
masyarakat yang berhijrah. Falsafah alam Minagkabau meletakkan manusia sebagai
salah satu unsur yang statusnya sama dengan unsur2 lain, seperti tanah, rumah,
suku dan nagari. Persamaan status itu mereka lihat dari keperluan budi daya
manusia itu sendiri, setiap manusia akan memerlukan tanah, rumah, suku, dan
nagari sebagaimana mereka memerlukan orang lain bagi kepentingan zahir dan
batinya. Oleh yang demikian sangat sukar apabila manusia tidak memiliki
keperluan zahir dan batin itu. Maksud keperluan batin ni banyak ye...menurut
alam pikiran masyarakat Minangkabau, manusia atau orang merupakan sesuatau yang
sempurna, seperti sempurnanya matahari dengan sinarnya, bulan dengan cahayanya,
api dengan panasnya, angin dengan hembusannya. Oleh itu setiap manusia
dipandang dalam status sama. Tagak samo
tinggi, duduak samo randah. Jadi JKM nak kaitkan dengan worldview kemodonen
ni dengan masyarakat Minangkabau, makanya apa yang jelas dan pasti, setiap
manusia mengejar kemedonan dan kehidupan yang lebih elok atau batter life,
namun apa yang menjadi dorongan kita dan pegangan kita dalam mengejar semua
benda2 itu? Yang pasti bagi JKM adalah adat dan juga agama yang menjadi
sandaran, walau kemana kita sekali atau maju manasekali pun kalau tidak ada
yang lama maka tidak ada yang baru.

Ok ni sebelum JKM tutup entry
kali ini, sebabnya sgt2 penat pasal baru je touchdown then trus shot kat blog
sbb esok datelinenya...hahahaha...Dan yang paling mengujakan JKM adalah tentang
anak muda lelaki Minangkabau yang dimana ia terkenal dengan Rantau. Pergi atau
rantau atau lazimnya disebut merantau merupakan produk kebudayaan Minangkabau. Setiap
orang terutamanya anak muda akan sentiasa didorong dan ditarik agar merantau
oleh kerabatnya dengan pelbagai cara. Untuk makluman semua falsafah
materialisme Minangkabau mendorong anak muda supaya kuat mencari harta kekayaan
bagi memperkukuhkan atau meningkatkan martabat kaum kerabat agar setaraf dengan
orang lain. Remaja lelaki yang berumur 10-15 tahun akan disuruh untuk duduk
disurau atau masjid. Ini kerana remaja2 ini akan di ajar silat minangkabau,
belajar ilmu agama, dan belajar tentang adat2 Minangkabau. Makanya disini jelas
menyatakan bahawa peranan Rantau dalam belia lelaki masyarakat Minag adalah
untuk mencapai kehidupan yang lebih baik, sinonimnya adalah bahawa lelaki
sebagai ketua, lelaki sebagai pemimpin dan lelaki juga sebagai contoh dalam
membangunkan kemajuan sesebuah keluarga. Jika menurut Syed Muhammad Naquib
Al-Attas berkenaan Worldview Of Islam ini di mana sebagai seorang Islam yang
inginkan pembangunan dalam dirinya, maka ia harus menuntut ilmu serta mendalami
pelbagai pegetahuan agar setiap pembangunan itu tercapai dengan jelas dan betul
mengikut nas-nas nya.

Inilah yang boleh JKM share pada
pembaca2 semua tentang pengembaraan ILMU JKM untuk hari pertama yang JKM
kaitkan dengan pandangan dan tulisan oleh Syed Muhammad Naquib Al-Attas tentang
kemodenan VS adat dan budaya. JKM sangat kagum dengan masyarakt Minang yang
dimana dalam mengejar harus kemodenan dan pembangunan negara ia seiring juga
dengan pembangunan diri dan jatidiri masyaraktnya. Contoh paling mudah dimana setiap pagi ahad,
anak2 kecil akan mengaji di surau-surau dimana ia dididik dari kecil tentang
pembangunan diri sebelum sibuk2 untuk membangunkan negara. JKM tinggalkan anda
semua dengan pantun minang yang menyeru mencari kekayaan. Ini JKM dapat masa
mendengar taklimat dan penerangan oleh penyelia di Pusat Kebudayaan Minangkabau
di Padang, Indonesia.
Apo gunonyo kabau batali
Usah dipauik di pamatang
Pauikan sajo di tangah padang
Apo gunonyo badan mancari
Iyo pamagang sawah jo ladang
Nak membela sanak kandung
Apa gunanya kerbau bertali
Usah dipautkan di pematang
Pautkan saja di tengah padang
Apa gunanya kita mencari
Ialah memagang sawah dan ladang
Hendak membela saudara kandung.
Karatau madang di hulu
Babuah babungo balun
Marantau bujang dahulu
Di rumah baguno balun
Keratau madang di hulu
Berbuah berbunga belum
Merantau bujang dahulu
Di rumah berguna belum.